Thursday, September 3, 2009

Isu Kartika - Satu Refleksi Wajib Bagi Semua Yang Menggelarkan Dirinya Muslim




Salam,


Sebenarnya dah lama aku nak menyentuh tentang perkara ini, tetapi disebabkan oleh kekangan masa, maka terpaksalah aku memendam rasa sahaja walaupun didalam minda aku terlalu banyak perkara yang ingin akau kongsikan bersama.

Hari ini, sewaktu menunggu waktu berbuka, sempat la aku belek2 Sinar Harian dan aku amat tertarik pada satu ruangan yang di ditulis oleh Prof MadyaDr Harlina Halizah Siraj, Ketua Wanita JIM. Apa yang diperkatakan oleh beliau seharusnya dipandang serius oleh semua.

Dalam tulisannya,beliau telah membuat tiga kesimpulan utama yang harus dijawab oleh pihak-pihak yang berwajib terutama bagi mereka yang berkata bahawa Islam adalah agama rasmi dan mereka sedang berjuang menegakkannya. Aku berminat dengan dua kesimpulan beliau iaitu:-

1 - Sejauh manakah sebenarnya kesungguhan kita semua yg beragama Islam ini dalam menegakkan dan mempraktikkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya. Dalam erti kata lain - Islam is the way of life.

2- Mengapakah wujud ketidakseimbangan dari segi pengadilan dan hukuman? Hukuman telah dijalankan tetapi perlaksaan tidak lagi bersedia. Jika undang2 syariah dianggap sebagai sesuatu yang setaraf dengan undang2 sivil, kenapa boleh jadi demikian.


Dan aku teringatkan bagaimana, Sheikh Al-Azhar, Dr Mohammad Sayed Tantawi satu ketika dulu telah mengatakan bahawa Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana mengamalkan ajaran sebenar Islam.

Aku terfikir bagaimanakah reaksi beliau jika isu Kartika ini sampai ke pengetahuan beliau. Tidak dinafikan dari segi kemajuan dan kemakmuran kita adalah jauh lebih baik dari negara-negara Islam yang lain. Tetapi kecelaruan kita sendiri dalam isu Kartika boleh menyebabkan orang memandang sinis kepada kita. Apabila yang beragama Islam sendiri tidak sehati sejiwa dalam isu ini, mungkin ada baiknya untuk kita duduk semeja dan berefleksi terhadap kemanakah haluan kita.

Aku tak mahu bercerita panjang, pertamanya kerana aku kurang ilmu dalam bidang undang-undang Islam dan yang keduanya kerana aku tak mahu dianggap senagai pencetus "ketidaksenangan". Tp yang pastinya sebagai seorang muslim aku tahu yang Islam bukan sekadar 1-Mengucap dua kalimah syahadah, 2-Menunaikan solat fardu lima waktu,3-Membayar zakat (Zakat fitrah, Zakat harta), 4-Berpuasa pada bulan Ramadan dan 5-Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.

Selamat berbuka!

No comments:

Post a Comment