Thursday, September 3, 2009

Isu Kartika - Satu Refleksi Wajib Bagi Semua Yang Menggelarkan Dirinya Muslim




Salam,


Sebenarnya dah lama aku nak menyentuh tentang perkara ini, tetapi disebabkan oleh kekangan masa, maka terpaksalah aku memendam rasa sahaja walaupun didalam minda aku terlalu banyak perkara yang ingin akau kongsikan bersama.

Hari ini, sewaktu menunggu waktu berbuka, sempat la aku belek2 Sinar Harian dan aku amat tertarik pada satu ruangan yang di ditulis oleh Prof MadyaDr Harlina Halizah Siraj, Ketua Wanita JIM. Apa yang diperkatakan oleh beliau seharusnya dipandang serius oleh semua.

Dalam tulisannya,beliau telah membuat tiga kesimpulan utama yang harus dijawab oleh pihak-pihak yang berwajib terutama bagi mereka yang berkata bahawa Islam adalah agama rasmi dan mereka sedang berjuang menegakkannya. Aku berminat dengan dua kesimpulan beliau iaitu:-

1 - Sejauh manakah sebenarnya kesungguhan kita semua yg beragama Islam ini dalam menegakkan dan mempraktikkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya. Dalam erti kata lain - Islam is the way of life.

2- Mengapakah wujud ketidakseimbangan dari segi pengadilan dan hukuman? Hukuman telah dijalankan tetapi perlaksaan tidak lagi bersedia. Jika undang2 syariah dianggap sebagai sesuatu yang setaraf dengan undang2 sivil, kenapa boleh jadi demikian.


Dan aku teringatkan bagaimana, Sheikh Al-Azhar, Dr Mohammad Sayed Tantawi satu ketika dulu telah mengatakan bahawa Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana mengamalkan ajaran sebenar Islam.

Aku terfikir bagaimanakah reaksi beliau jika isu Kartika ini sampai ke pengetahuan beliau. Tidak dinafikan dari segi kemajuan dan kemakmuran kita adalah jauh lebih baik dari negara-negara Islam yang lain. Tetapi kecelaruan kita sendiri dalam isu Kartika boleh menyebabkan orang memandang sinis kepada kita. Apabila yang beragama Islam sendiri tidak sehati sejiwa dalam isu ini, mungkin ada baiknya untuk kita duduk semeja dan berefleksi terhadap kemanakah haluan kita.

Aku tak mahu bercerita panjang, pertamanya kerana aku kurang ilmu dalam bidang undang-undang Islam dan yang keduanya kerana aku tak mahu dianggap senagai pencetus "ketidaksenangan". Tp yang pastinya sebagai seorang muslim aku tahu yang Islam bukan sekadar 1-Mengucap dua kalimah syahadah, 2-Menunaikan solat fardu lima waktu,3-Membayar zakat (Zakat fitrah, Zakat harta), 4-Berpuasa pada bulan Ramadan dan 5-Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu.

Selamat berbuka!

Monday, August 31, 2009

Refleksi Merdeka

Merdeka, Merdeka, Merdeka

Itulah laungan keramat yang bergema di Stadium Merdeka 52 tahun dahulu. Ketika itu, semua kita gembira kerana akhirnya kita bebas untuk mencorakkan warna kita sendiri.

Selama 52 tahun ini juga, kita telah diuji dan telah juga merasakan kejayaan-kejayaan yang kadangkala kita sendiri tidak menyangka yang kita boleh mencapainya. Malaysia Boleh!

Tahun ini kita sekali lagi (diuji?) - Terpulanglah pada pandangan masing-masing! Keputusan PRU ke 13, amat mengejutkan kita. Ada yang mengatakan bahawa tsunami politik telah melanda negara ini. Tidak kurang yg gembira, namun tak kurang juga yang masih tak percaya!

Selepas itu, senario politik negara kita terus berubah. Kalau dahulu kita agak malu-malu (tapi sebenarnya mahu, cuma takut kena palu!...heheheh), sekarang, ia tidak lagi. Kita menjadi lebih vokal, hinggakan sasterawan negara pun sanggup pikul sepanduk untuk memperjuangkan nasib Bahasa Melayu yang tanpa kita sedari, kita sendiri yang telah menendang sepaknya macam bola! Itu baru satu, belum lagi lain2 demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak yang menyetujui dan pihak yang membantah.

Tapi aku di sini bukanlah untuk bercakap mengenai demonstrasi, pada aku, banyak buruk dari baiknya. Untuk aku, demonstrasi bukanlah jalan terakhir, tetapi ia adalah pembuka kepada jalan yang tertutup. Fikirkanlah.

Bercakap tetang betapa vokalnya kita selepas PRU ke 13, aku sering mendengar pelbagai tohmahan, andaian, kebenaran dan bermacam lagi dilemparkan antara satu sama lain. Dalam menilai perkara ini, aku terfikir, sejauh mana kita jujur pada diri sendiri? Aku berkata demikian, kerana aku dapat lihat bahawa, ramai diantara kita lebih banyak berjuang untuk tembolok diri sendiri. Kita kata bahawa orang lain tak betul, tp pada masa yang sama kekotoran terpalit dimuka dan dilihat orang! Politik di Malaysia, pada pandangan peribadi aku, dah jadi macam satu lubuk emas! Oleh sebab itu, orang akan buat apa sahaja untuk terus berkuasa. Wang dalam politik dah jd macam gula-gula. Sedap, manis, tp ianya merosakkan.

Kepada semua ahli politik dan pejuang politik. Mungkin baiknya merdeka kali ini kita menilai balik perjuangan kita. Aku tak kata perjuangan kita salah. Cuma yang tak betulnya, dalam sibuk-sibuk berjuang untuk bangsa dan agama, kita juga berjuang untuk memenuhkan poket kita. Aku bukan orang politik dan tak mungkin aku jd orang politik, tp aku melihat, memerhati dan menilai. Dan aku tak kata semua orang politik macam tu, tapi pepatah melayu ada mengatakan, kerana nila setitik rosak susu sebelangga! Jd marilah kita fikirkan bersama.

Salam Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sunday, August 30, 2009

Score A - Kaedah pembelajaran terkini

Salam,

Baru-baru ni aku telah diperkenalkan tentang satu kaedah pembelajaran terkini yang boleh membantu pembelajaran pelajar-pelajar kita. Score A. Secara peribadi, aku merasakan bahawa sistem pembelajaran interaktif ini boleh meningkatkan lagi penguasaan akademik pelajar. Selain dari itu ia juga mungkin dapat mengubah minda pelajar-pelajar kita tentang internet. Ialah, selama ini remaja kita telah menggunakan internet untuk perkara-perkara yang bukannnya "first on the list", seperti bermain online games, melayari laman-laman web lucah dan sebagainya.
Berbanding dengan negara luar, internet telah lama menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik.

Kita bila lagi?

Selamat berbuka.