Monday, August 31, 2009

Refleksi Merdeka

Merdeka, Merdeka, Merdeka

Itulah laungan keramat yang bergema di Stadium Merdeka 52 tahun dahulu. Ketika itu, semua kita gembira kerana akhirnya kita bebas untuk mencorakkan warna kita sendiri.

Selama 52 tahun ini juga, kita telah diuji dan telah juga merasakan kejayaan-kejayaan yang kadangkala kita sendiri tidak menyangka yang kita boleh mencapainya. Malaysia Boleh!

Tahun ini kita sekali lagi (diuji?) - Terpulanglah pada pandangan masing-masing! Keputusan PRU ke 13, amat mengejutkan kita. Ada yang mengatakan bahawa tsunami politik telah melanda negara ini. Tidak kurang yg gembira, namun tak kurang juga yang masih tak percaya!

Selepas itu, senario politik negara kita terus berubah. Kalau dahulu kita agak malu-malu (tapi sebenarnya mahu, cuma takut kena palu!...heheheh), sekarang, ia tidak lagi. Kita menjadi lebih vokal, hinggakan sasterawan negara pun sanggup pikul sepanduk untuk memperjuangkan nasib Bahasa Melayu yang tanpa kita sedari, kita sendiri yang telah menendang sepaknya macam bola! Itu baru satu, belum lagi lain2 demonstrasi yang dianjurkan oleh pihak yang menyetujui dan pihak yang membantah.

Tapi aku di sini bukanlah untuk bercakap mengenai demonstrasi, pada aku, banyak buruk dari baiknya. Untuk aku, demonstrasi bukanlah jalan terakhir, tetapi ia adalah pembuka kepada jalan yang tertutup. Fikirkanlah.

Bercakap tetang betapa vokalnya kita selepas PRU ke 13, aku sering mendengar pelbagai tohmahan, andaian, kebenaran dan bermacam lagi dilemparkan antara satu sama lain. Dalam menilai perkara ini, aku terfikir, sejauh mana kita jujur pada diri sendiri? Aku berkata demikian, kerana aku dapat lihat bahawa, ramai diantara kita lebih banyak berjuang untuk tembolok diri sendiri. Kita kata bahawa orang lain tak betul, tp pada masa yang sama kekotoran terpalit dimuka dan dilihat orang! Politik di Malaysia, pada pandangan peribadi aku, dah jadi macam satu lubuk emas! Oleh sebab itu, orang akan buat apa sahaja untuk terus berkuasa. Wang dalam politik dah jd macam gula-gula. Sedap, manis, tp ianya merosakkan.

Kepada semua ahli politik dan pejuang politik. Mungkin baiknya merdeka kali ini kita menilai balik perjuangan kita. Aku tak kata perjuangan kita salah. Cuma yang tak betulnya, dalam sibuk-sibuk berjuang untuk bangsa dan agama, kita juga berjuang untuk memenuhkan poket kita. Aku bukan orang politik dan tak mungkin aku jd orang politik, tp aku melihat, memerhati dan menilai. Dan aku tak kata semua orang politik macam tu, tapi pepatah melayu ada mengatakan, kerana nila setitik rosak susu sebelangga! Jd marilah kita fikirkan bersama.

Salam Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

No comments:

Post a Comment