Wednesday, January 20, 2010

Teguran dari sumber tak terduga.

Alhamdulillah, tahun ini anak sulung ku dah berada di darjah satu. Maka secara automatiknya rutin harian ku juga berubah. Waktu pagi menjadi waktu yg sibuk dan penuh dengan ‘stress’ kerana sibuk untuk menguruskan persiapannya ke sekolah. Waktu petang pula aku terpaksa pulang lewat sedikit ( actually…mcm tahun lepas gak!) kerana kelas KAFAnya hanya tamat pada jam 3.40 ptg. Waktu malam pula terpaksa lah menjadi guru yang garang kerana mengajar anak ku yang seorang ini. Secara peribadi, mengajar anak orang lebih mudah dari mengajar anak sendiri.

Bercakap tentang mengajar, anak ku yang seoarang ini mempunyai sedikit masalah dengan pembacaan. Mungkin kerana penekanan suku kata sudah kurang diberi perhatian maka proses pembacaannya adalah lambat sekali. Dan kemahiran membacanya ini tidak setanding jika dibandingkan dengan kepetahannya bercakap. Bukanlah aku nak membanggakan anak ku sendiri tetapi itulah respon rakan-rakan ku. Dan aku sendiri memang mengakui kerana kadangkala struktur ayatnya seoalah-olah dikeluarkan oleh pelajar sekolah menengah.

Dan kepetahannya itu telah menyedarkan aku tentang sesuatu perkara. Ceritanya, pada satu malam, isteriku telah membandingkan anak ku dengan seorang rakan sepra- sekolahnya, yang juga anak rakan sekolah ku. Di darjah satu ini, anakku di kelas B, dan kawannya di kelas A kerana dia sudah boleh membaca dengan baik. Lalu kami cadangkan kaedah yang dilaksanakan oleh rakanku. Perbandingan itu mengundang rasa kurang senang anak ku. Dan dengan pantasnya (mcm biasa la!) dia membalas dan memberi respon supaya tidak disamakan beliau dan rakannya itu. Aku memang sudah menyirap darah! Maka berlakunya sesi soal-jawab antara kami. Dan akhirnya aku terdiam apabila anakku mengatakan bahawa dia dan rakannya tidak sama. Walaupun meraka pernah berada di kelas yang sama dan juga mengikuti sistem pembelajaran yang sama tetapi mereka adalah individu berbeza. Dan kata anakku, walaupun cara itu berjaya untuk rakannya, tetapi tidak pasti lagi akan berjaya padanya.

Dan aku terfikir. Aku adalah GURU! Sepatutnya aku menyedari perkara itu. TIDAK ADA HANYA SATU CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN KEPADA SEMUA! Ini kerana setiap individu itu berbeza.

Aku mula merefleksi diriku. Mengapa aku tidak terfikir perkara ini, mengapa aku tidak menggunakan kaedah yang aku bina berdasarkan kemampuan, kekurangan dan kelebihan anakku ini. Entahlah, mungkin kerana terlalu inginkan anakku membaca dengan baik dalam masa yang singkat, aku mencari kaedah yang terbaik yg digunakan orang tetapi aku lupa. Khalayak aku tidak sama. Insan yang ingin aku didik itu tidak sama.

Lalu aku terfikir, dalam melaksanakan tanggung jawab. Kita kadang kala terlalu bersungguh dengan cara yang kita fikirkan terbaik tetapi kita lupa untuk menilai khalayak kita. Mungkin pada kita apa yang kita buat adalah betul tetapi tidak bg khalayak kita. Walaupun kita mempunyai authoriti, ini tidak bermakna kita harus mengabaikan pandangan dan pendapat orang lain. Yang ingin mencapai kejayaan itu mereka dan bukannya kita, jadi biarlah kita melakukan sesuatu berdasarkan acuan mereka dan bukannya acuan kita.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment