Thursday, January 28, 2010

Bukan sekadar bola sepak @ bola jaring

Assalamualaikum wbt.

Setelah bertahun-tahun menggantung kasut bolaku, maka pada hari ini tercatatlah sejarah apabila buat sekian kalinya aku bermain bola sepak semula. Bukanlah menyertai pertandingan, tetapi lebih kepada perlawanan persahabatan antara ‘adik-beradik’ di sekolah ku.

Secara umumnya, ia adalah perlawanan bola sepak antara guru-guru aliran teknikal dan vokasional menentang guru-guru akademik. Dan keputusanya, kami guru-guru akademik kalah dengan satu jaringan yang cukup kontravesi. Walaupun aku hanya dapat menyentuh bola sebanyak 3 kali sepanjang 28 minit perlawanan, aku tak kisah, kerana aku melihat perlawanan ini bukan sekadar satu perlawanan biasa, yang sekadar dilakukan bagi menghabiskan masa petang. Lagipun, aku mana ada turun training pun! Oh ya, selain itu, ada juga perlawanan bola jaring bagi guru-guru perempuan.

Apa istimewanya perlawanan ini? Memang secara lahiriahnya tiada apa-apa, tetapi soalan ku, bilakan kali terakhir anda mengadakan aktiviti bersama-sama dengan bos anda. Untuk menjawab soalan ini, sila abaikan hari keluarga yang dianjurkan setahun sekali tu kerana ianyanya adalah acara yg formal dan kadangkala dibuat-buat.
sebuah institusi yang menjana pembentukan mental dan fizikal pelajar. Adalah penting bagi hubungan kemesraan itu wujud dengan rasa ikhlas dan sedar diri. Walaupun kita bergaul sesama kita semasa bekerja, ia adalah hubungan yang penuh dengan adab-adab profesional dan kita akan terikat dengan pelbagai peraturan. Tetapi hubungan yang diwujudkan dipadang permainan adalah tanpa protokol. Semua orang adalah sama, di sini kemahiran dan kekuatan menjadi tunjangnya, dan di sinilah sebenarnya kita lebih mengenali siapa diri anda dan diri rakan-rakan anda, mahupun boss anda sendiri. Dan disinilah kita tahu bahawa, setiap orang ada kelemahan dan kekuatan sendiri. Dan percaya atau tidak, kita dengan iklhas menerima keadaan itu kerana kita adalah satu pasukan! Dan tanpa disedari, rasa menghormati orang lain itu wujud dan berkembang.

Selain itu, sebagai sebuah institusi yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi mental, rohani dan jasmaninya, seharusnyalah kita menjadi contoh. Kita mungkin mempunyai contoh yang baik dari segi mental dan rohani, tetapi bagaimana jasmani. Kita menyuruh pelajar kita bersukan tetapi kita tidak. Bukankah badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas?

Walau apa pun, yang pastinya, sinar kegembiraan wujud disetiap muka rakan-rakan ku. Mungkin kerana sudah lama kami tak merasai keadaan-keadaan begini. Kerana komitmen kepada tugas sejak tiga tahun kebelakangan ini, kami tiada masa untuk bersukan di sekolah.
Sekalung tahniah pada pengetua ku kerana mengilhamkan perlawanan ini. Tak kisahlah walaupun kita kalah.

Yang pastinya, selepas ini akan ada perlawanan ulangan. Jadi, tak rugilah kasut yang baru ku beli semalam tu!

Wasalam.

No comments:

Post a Comment